THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday 21 April 2011

apa yang sudah pergi..biarkanlah ia pergi...

Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila.Lebih dari itu,ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.Bagi orang yang waras,fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan,bukan dibuka dan dipersoalkan.Ia perlu ditutup buat selama-lamanya dan dikurung didalam penjara kelupaan,diikat dengan gari di dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar.Maka,ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan,tidak dapat diubah dan diperbaiki dengan apa juga kedukaan,tidak dapat dihadirkan semula dengan apa juga kegelisahan,dan tidak dapat dihidupkan semula dengan apa juga kebingungan-ia adalah sesuatu yang sudah tiada.Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna mensia-siakan masa sekarang,mengoyakkan perjuangan dan memporakperandakan masa kini. Allah S.W.T sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampau dan apa yang sudah mereka lakukan. "Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu." Segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka.Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang,sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir pun menuju ke depan,khalifah pun berjalan ke arah depan. Justeru,janganlah cuba menentang arus dan aturan hidup,sunnah alam.

0 comments: